Wang Hantaran Terlalu Tinggi ?


Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera


Hantaran Terlalu Tinggi ?

Hantaran terlalu tinggi ? , Wang hantaran terlalu tinggi siapa yang minta sebenarnya ? , ok!!! saya nak cerita sedikit berkenaan Wang hantaran ini, Sekarang ini saya mempunyai sedikit masalah berkenaan hal tersebut,Bagi pasangan yang hendak mendirikan rumah tangga ataupun tengah merancang untuk berkahwin memang perlu berikan perhatian sedikit berkenaan Wang hantaran ini ...



wang hantaran dan mas kahwin


Saya bukanlah memahami sangat tentang
Wang Hantaran ini ,Tapi Yang saya faham tentang wang ahntaran ini ialah ; lelaki memberikan pada perempuan dan keluarga perempuan boleh menggunakan wang tersebut untuk perbelanjaan majlis perkahwin, tapi hukumnya tidak wajib,betul ke? Tapi apa yang saya faham tentang mas kahwin ini ; Lelaki memberikan pada perempuan sahaja dan ahli keluarga tidak boleh usik , itu adalah wajib , saya sedikit musykil dan tidak beberapa tahu tentang hal ini , Saya cuba google dan mencari info berkenaan hal tersebut , jumpa satu laman web ini yang bagi penerangan sangat jelas dan mudah difahami ; 


Topiknya berkenaan : Perbezaan Wang Hantaran Dan Mas kahwin


Wang hantaran dan mas kahwin merupakan dua perkara yang berbeza. Ramai orang yang masih keliru dengan maksud sebenar wang hantaran dan mas kahwin. Malah, yang lebih mengejutkan ada yang menganggap kedua-duanya adalah wajib dan termasuk dalam rukun perkahwinan.
Pada kali ini, kami akan berkongsi apa maksud dan beza antara wang hantaran dan mas kahwin supaya bakal pengantin dan yang masih single mudah memahami maksud sebenar.
Wang hantaran
Wang hantaran merupakan hadiah berbentuk wang tunai yang diberikan oleh pihak lelaki kepada keluarga pengantin perempuan. Nilainya bergantung kepada persetujuan kedua-dua belah pihak keluarga. Biasanya nilai wang hantaran adalah tinggi kerana ia digunakan sebagai tanggungan majlis pernikahan dan kenduri kendara. Wang hantaran merupakan adat dan ianya tidak wajib serta tidak menghalang perkahwinan daripada berlaku.
Mas kahwin
Mas kahwin atau mahar merupakan pemberian wajib oleh pengantin lelaki kepada pengantin perempuan sebagai hadiah perkahwinan. Ianya telah ditetapkan oleh syarak dan nilainya pula adalah mengikut negeri. Ini kerana ia ditetapkan oleh Jabatan Agama Islam di negeri masing-masing. Jadi di setiap negeri, kita akan dapati ada perbezaan nilai mas kahwin. Selain itu, ada juga negeri yang tidak menetapkan nilai mas kahwin seperti Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis.
Mas kahwin adalah hak isteri. Ia tidak boleh diambil oleh ibubapa atau si suami melainkan dengan kebenaran si isteri. Allah swt telah berfirman dalam surah an nisa ayat yang ke 4;
“Berilah mereka mahar dengan penuh ketulusan. Tetapi jika mereka rela memberikan sebagian dari mahar, maka ambillah dengan cara yang halal dan baik.”
(An nisa : 4)
Nilai mas kahwin tahun 2016 adalah seperti dalam jadual di bawah. Bagaimana pun jadual ini akan sentiasa berubah mengikut tahun dan keadaan semasa. Jika pengantin lelaki mahu membayar lebih daripada kadar minimun yang ditetapkan, ia dibolehkan asalkan tidak mengurangi nilai yang telah ditetapkan pejabat agama negeri. Semoga bermanfaat!

Sumber dari : https://baitulmuslim.com


Boleh nak mintak HANTARAN tinggi-tinggi , tapi kenalah dengan perkerjaan pasangan kita itu gaji yang MASYUK dan TINGGI kerja pun tiada la penat sangat,nak bandingkan saya ini memang tidak layak untuk bagi hantaran yang tinggi,kerja pun sekadar cukup makan sahaja , " kais pagi makan pagi,kais petang makan petang " , memang tak layak untuk bagi hantaran yang tinggi dan kelulusan pun belajar tak tinggi,diri sendiri sahaja yang tinggi , hehehehehe!!!

Serba sedikit tentang mas kaswin dan wang hantaran,pada yang bakal berkahwin ,saya nak nasihatkan janganlah nak memaksa,paksa dan terpaksa menerima pasangan anda berkenaan dengan isu sebegini,terima seadanya dan berbincanglah elok-elok, " buat apa hantaran tinggi-tinggi kalau bakal isteri tak pandai masak dan tak boleh setaraf mak kita sendiri " , jadilah suami isteri yang bertanggungjawab,hormat-menghormati,setia dan saling mencintai satu sama lain '' ....

Yang kurang dari saya sendiri , maafkan saya jika ada tersalah info atau apa sahaja tentang isu ini, apa pendapat anda berkenaan hal tersebut ?


Sekian " Terima Kasih " ....
Tags :-

Catat Ulasan

0 Ulasan
Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Ok, Go it!