Perkara Yang Menghalang Kita Untuk Berjaya



Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera


Perkara Yang Menghalang Kita Untuk Berjaya


Antara Perkara Yang Menghalang Kita Untuk Berjaya.  |   Perkara-perkara ini sering terjadi pada diri kita sendiri, terpulang pada diri sebenarnya hendak peduli atau pun tidak ....






Pok Ucu hanya ingin berkongsi dengan anda semua Antara Perkara Yang Sering Menghalang Diri Kita Untuk Berjaya, Pok Ucu mengambil tips ini dari group whatsapp.... 


3 Perkara yang menghalang diri kita dari berjaya & bahagia hari ini :


1. BANYAK KOMPLEN


Bangun pagi pergi kerja terus komplen kenapa jalan jem, JKR lah ni tak betulkan jalan, polis trafik lah ni tak jaga lalu lintas,  itu lah hini lah semua benda salah. Dah tu apa yang ok?
 
Awak komplen masalah selesai ke ? 
Sama juga sampai ofis lambat. Tak payah komplen, ada setengah benda kita tak boleh kawal pun. Lebih baik kita fokus pada benda yang best sahaja. Syukur pagi - pagi ada pekerjaan, boleh dapat gaji sara diri sendiri dan anak bini. 


2. BANYAK ALASAN


Selagi dalam kepala hotak tu banyak sangat alasan selagi tu lah kita takkan lebih baik daripada semalam. Takkan ada perubahan dalam kehidupan. Semua benda tak boleh dalam hidup ni pun susah jugak. Lebih banyak bagi alasan lebih mustahil untuk sesuatu benda tu berlaku.
 
Macam mana aku nak berjaya ni..? Nak jaga anak lagi, nak niaga lagi, nak kerja lagi. Huhu. Sebab tu orang suruh belajar. Elmu tu penting. Taraf Elmu bersamaan taraf kehidupan.


3. BANYAK TANGGUH


Takde masa yg lebih baik daripada SEKARANG.

" Tunggu dulu.. ,nanti dulu" tindakan satu pun tak berjalan. sudahnya sampai bila la tak mula - mula
"How You Do Anything is How You Do Everything"
.



Bagaimana kita buat sesuatu menentukan bagaimana ada buat semua benda!


Semoga perkongsian tips nasihat ini bermanfaat pada anda semua... 


Sekian " Terima Kasih " ....
Tags :-

Catat Ulasan

0 Ulasan
Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Ok, Go it!