RESEPI POPIA BASAH


Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera


Resepi Popia Basah


Resepi Popia Basah.  |   Anda sukakan popiah basah bukan? Min pun suka namun nak membuatnya macam agak renyah. Walau bagaimanapun jom kita cuba dengan resepi popia basah yang disediakan ini. Tapi popia ni kita upgrade menjadi rangup. Pelik tak basah tapi rangup?


RESEPI POPIA BASAH





Popia atau Popiah Basah


Bahan Untuk Kulit

2 cawan tepung gandum
1 biji telur – ambil putihnya
3/4 cawan air
2 sudu makan cuka
Secubit garam


Cara Membuat Kulit Popia

Masukkan semua bahan ke dalam mangkuk, gaul hingga sebati. Untuk menggaul boleh gunakan tangan atau alatan lain. Tambah air jika adunan napak nampak pekat. Tutup dan perap selama 30 minit.

Selepas 30 minit, panaskan kuali leper atau non stick pan. ambil sejemput adunan dan lengserkan di atas kuali nipis-nipis.

Biar seketika, kemudian angkat perlahan dengan cara menarik kulit popia dari tepi. Ulang proses ini hingga selesai. Kulit popia ni boleh saja disusun secara bertindih antara satu sama lain. Ianya tidak melekat.


Langkah-langkah untuk membuat popia basah


Bahan Untuk Sos

12 hingga 14 tangkai cili kering. Hendaklah di buang biji, rebus dn toskan dan kemudian dikisar dengan mencampurkan secawan air. Kisar hingga halus.
1 biji bawang besar – dikisar halus
5 ulas bawang putih – dikisar halus
2-3 sudu gula perang
1 sudu gula pasir
1 sudu kicap manis
Minyak untuk menumis


Cara Penyediaan Sos

Panaskn minyak dalam periuk atau pot. Tumis bawang putih dan bawang besar hingga wangi. Masukkan cili kisar dan masak hingga pecah minyak. Masukkn gula perang, gula pasir dan juga kicap manis. Masak hingga pekat dengan api perlahan. Tambah garam secukupnya (jika perlu).


Popiah yang siap diletakkan inti


Bahan-Bahan Inti

Ubi Sengkuang – hiris nipis dan memanjang
Taugeh – bersihkan
1/2 biji kubis – potong halus
1 batang lobak merah – hiris nipis memanjang
Segemggam udang. Buang kepala dan ekor – potong kecil
1/2 labu bawang besar cincang halus
2 ulas bwng putih – cincang halus
Udang kering – tumbuk halus
Garam
Minyak untuk menumis


Cara Penyediaan Inti

Panaskan 2 sudu besar minyak dalam kuali, tumis udang, bawang besar dan bawang putih hingga wangi dengan api yang sederhana. Masukkan kubis dan lobak merah. Kacau sehingga layu.
Masukkan tauge, ubi sengkuang, udang kering dan garam. Kacau sebati dan rasa. Jangan masak terlalu lama.


Siap digulung sebelum dihiasi dengan bahan tabur dan diletakkan sos


Bahan Tabur (Hiasan)

Kacang tanah disangai, buang kulit dan tumbuk atau kisar.
Udang geragau kering disangai dan ditumbuk halus.
Bawang goreng


PROSES AKHIR

Sediakan kulit popia dan sapukan sedikit sos. Letakkan inti, gulung kemas-kemas. Lakukan sehingga habis. Letakkan sos di atas popia yang telah siap diisi inti dan digulung. Kemudian taburkan bahan-bahan tabur. Siap untuk dihidangkan.


Siap dan nampak sedap


TIPS UNTUK JADIKAN POPIA BASAH CRUNCHY

Cara untuk jadikan popia basah anda crunchy mudah sahaja. Goreng  serbuk roti (breadcrumbs) hingga garing atau buat bancuhan tepung goreng rangup. Masukkan ke dalam popiah bersama inti sebelum digulung.


RESEPI TEPUNG RANGUP

Bahan-bahan

1/2 Paket tepung beras
1 biji telur ayam
1 1/2 sudu serbuk kunyit
1 1/2 sudu makan air kapur
Garam secukup rasa
Air ais – Agak-agak supaya bancuhan tepung tidak terlalu pekat dan tidak terlalu cair.


Cara-cara

1. Campurkan tepung beras, serbuk kunyit dan garam dalam satu bekas dan gaul sebati.
2. Masukkan ais mengikut kepekatan yang sesuai.
3. Masukkan telur dan air kapur dan gaul sebati.
4. Sediakan kuali memasak dan masukkan minyak dan biarkan minyak betul-betul panas.
5. Percikkan bancuhan tepung ke dalam kuali agar mendapatkan tepung rangup yang bersaiz kecil.
6. Masak dengan keadaan api yang sederhana.
7. Bila garing angkat.

Nampak macam terlalu banyak step tapi senang je rupanya. Hati-hati la ye, kuali tu panas jangan sampai melecur pula tangan.


Selamat mencuba.


SEKIAN " Terima Kasih " ...

Tags :-

Catat Ulasan

0 Ulasan
Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Ok, Go it!