Resepi : Whoopie pie



Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera


Resepi : Whoopie pie


Resepi : Whoopie pie   |   Whoopie pie apa itu ? Mesti ada yang tidak tahu bukan? Whoopie pie ,pie coklat yang sangat sedap,bagi yang menyukai coklat mesti katakan sedap terhadap Whoopie pie ,coklat atas bawah dan di Kapit dengan inti cream yang sangat lemak berkrim di saluti pulak dengan coklat cair di luar .. 






Whoopie pie

BAHAN-BAHAN MEMBUAT WHOOPIE PIE

1/2 cwn butter – suhu bilik
1 cwn gula castor
1 biji telur
1 sk vanilla
1 3/4 cwn all purpose flour/tepung gandum
2/3 cwn coco powder
1 1/2 sk baking soda
1 cawan buttermilk (1sb cuka mkn + 1 cawan susu segar)






CARA-CARA MEMBUAT WHOOPIE PIE

Panaskan Oven 180c
Pukul butter dan gula hingga kembang (2min – 3min)
Masukkan telur dan vanilla.
Satukan tepung,coco powder dan baking soda dan ayak.
Masukkan tepung kedalam adunan yang telah dipukul berselang seli dengan buttermilk.
Bermula dengan tepung dan akhir dengan tepung (tepung,buttermilk & tepung)
Setelah adunan sebati,sediakan dulang pembakar biskut.
Sudukan adunan diatas dulang pembakar
Jarakkan sedikit kerana adunan akan mengembang.
Bakar selama 8min atau bila ditekan ia tidak tenggelam dan biarkan sejuk.
Kek akan disapu atau di pipping dengan butter cream atau cream cheese filling di tengah seperti sandwich.

BAHAN-BAHAN MEMBUAT LEMON CHEESE CREAM

200gm sugar
60ml jus lemon
4 biji putih telur
300gm butter
300gm shortening
180gm Cream Cheese

CARA-CARA MEMBUAT LEMON CHEESE CREAM

Satukan gula dan jus lemon dan masak atas api sederhana hingga menjadi sirap pekat.Pukul putih telur hingga kembang dan masukkan sirap perlahan2
Bila telah kembang,masukkan butter,shortening & cream cheese
pukul lagi hingga kembang dan kental.






Kredit: Resepi Selera Masakan Utara


Sekian " Terima Kasih " ...
Tags :-

Catat Ulasan

0 Ulasan
Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Ok, Go it!