RESEPI : KEK PUDING KARAMEL PELANGI



Assalammualaikum Dan Salam Sejahtera


RESEPI : KEK PUDING KARAMEL PELANGI



RESEPI : KEK PUDING KARAMEL PELANGI.  |   Puding ? Apa yang special sangat puding ni? Kalau anda nak tahu puding ada pelbagai warna dan perisa,tak percaya ? Jom lihat apa yang menarik dengan RESEPI : KEK PUDING KARAMEL PELANGI ....






KEK PUDING KARAMEL PELANGI

Bahan A

1. Dua (2) sudu besar gula pasir ditabur pada dasar loyang ukuran 8”x 8” dan letak atas dapur gas dgn api kecil. Biarkan gula cair & bertukar warna perang dan ratakan. 

2.  Ketepikan dahulu.

Bahan B

1 tin susu cair
3 biji kuning telur
2 biji telur (kuning & putih)
70gm (4 sudu besar) gula castor
1 sudu teh esen vanilla

1. Satukan semua bahan dan kacau bahan dengan senduk hingga sebati.

2.Tapiskan bahan dan masukkan ke dalam loyang  bahan A.

Bahan C

3 biji kuning telur
140 gm tpg gandum
70 gm gula castor
135 ml air sejuk
45 ml minyak jagung
1 sudu teh esen vanila
1 sudu teh baking powder

Cara-caranya:-

1. Ayak tepung gandum bersama baking powder.

2. Satukan kuning telur, gula, air, minyak, esen vanila dan putar hingga sebati.

3. Masukkan  tepung gandum sedikit2 dan putar lagi hingga rata.

4. Ketepikan dahulu adunan.

Bahan D (meringue)

6 biji putih telur
70 gm (4 sudu besar) gula castor
1 sudu teh cream of tartar

1.  Satukan putih telur, gula castor dan cream of tartar dan putar hingga berbuih dan putih dan telur betul2 kental. (Terbalikkan tak jatuh).

Cara-caranya:-

1. Campurkan bahan D (meringue) dgn bahan C dan gaul hingga sebati dengan kaedah kaup balik.

2.  Bahagikan adunan  kepada 4 bahagian dan gaulkan dengan esen pewarna hijau, biru, pink dan kuning telor.

3. Tuangkan adunan ke dlm loyang yg ada bahan A & B tadi bermula dari tengah loyang dan lapis secara berselang seli dengan warna pink, biru, hijau & kuning telur hingga adunan habis. 

4. Masukkan loyang  kek ke dlm loyang yg berukuran lebih besar & berisi dengan air panas. 

5. Letakkan loyang di bahagian rak oven paling bawah sekali.

6. Bakar kek pada suhu 160 degree selama 45 minit dgn api bawah sahaja. Tambah 15 minit lagi dgn  menggunakan api atas dan bawah. Suhu oven bergantung pada oven masing2.

7. Bila kek telah masak biarkan dahulu dlm oven selama 10 minit baru keluarkan dan biar kek sejuk dahulu hingga kek lekang drp loyang.

8. Terbalikkan loyang dan cepat2 lapkan lebihan air yang ada pada kek. 

9. Tunggu kek sejuk baru terbalikkan loyang. Jika terbalikkan masa kek masih panas nanti karamel@
puding akan pecah.






kredit: fauziah ali
Jemputlah kawan join telegram @ResepiDuniaMasakan


Sekian " Terima Kasih " ....
Tags :-

Catat Ulasan

0 Ulasan
Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Ok, Go it!