Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera
RESEPI : Dolgana Coffee
RESEPI : Dolgana Coffee | Biar betul sudah menjadi viral Dolgana Coffee ini,mungkin minuman kegemaran sesetengah rakyat Malaysia kot,siapa yang menggemarinya mesti akan mencubanya sendiri di rumah,kerana resepi ingin membuatnya sangat mudah dan senang,budak-budak pun boleh buat tapi nak kena ada pantauan dari orang dewasa la kan...
Jom kita lihat apa bahan-bahan yang mudah sangat untuk membuat DOLGANA COFFEE ini ....
Resipi : Dolgana Coffee
Bahan A
2 sudu kecil Nescafe/Kopi
2 sudu kecil gula
3 sudu kecil air panas.
Jangan letak susu atau guna 2in1, nanti tak jadi foam(buih)
Bahan B
Susu segar secukupnya
Ais.
Cara - Caranya
1. Bancuh bahan A guna whisk sehingga pekat likat
( nak hasilkan foam yang banyak, letak air banyak sikit)
2. Kemudian, ambil gelas tinggi have-have sikit. Letak ais dan tuangkan susu.
3. Ambil air daripada bahan A, masukkan dalam gelas. Kemudian ambil pula buihnya (foam) tuangkan di bahagian atas.
Selamat Mencuba
Sekian “ Terima Kasih “ ....