RESEPI : Nasi Kukus Ayam Goreng Berempah dan Kuah

Resepi Nasi Kukus Ayam Goreng Berempah dan Kuah






Resepi Nasi Kukus Ayam Goreng Berempah dan Kuah | Pasti ramai yang menggemari NASI KUKUS AYAM BEREMPAH,siapa yang sukakannya pasti ingin memcuba membuatnya sendiri di rumah,saya ada resepi yang paling sedap dan enak untuk anda semua memcubanya sendiri di rumah,pasti akan berpuas hati dengan resepi yang saya kongsikan ini .....






Resepinya sangat ringkas,senang dan mudah di dapati , bahan-bahannya sangat ringkas,apa kata kita lihat resepinya dahulu,pasti anda  akan teruja untuk memcubanya ....


A) Nasi Kukus

Bahan-Bahan

4 cawan beras
3 cawan air
2 helai daun pandan - simpul


Cara Memasak Nasi Kukus

#1: cuci bersih beras kemudian rendam sekejap dan toskan. selepas tu didihkan air dalam dalam pengukus dan masukan daun pandan simpul agar rasanya lebih sedap.
#2: kukus beras selama kurang lebih 25 menit atau samapi beras dah sepraruh masak. selepas itu keluarkan beras dari dalam pengukus dan rendam beras dengan air sehingga air rendaman menjadi sejuk (agar lebih cepat sejuk tukar selalu air rendaman )
#3: kukus kembali beras tadi selama 10 - 15 minit sahaja. selanjutnya, keluarkan beras dan gaul dengan air 3 cawan dan biar sampai air tersebut menyerap masuk ke dalam beras.
#4: kukus kembali hingga nasi masak selama 15 minit. dan nasi kukus dah siap sekarang kita memasak yang lain.



B) Ayam Goreng Berempah

Bahan Perap

6 ketul ayam - perasakan dengan garam dan kunyit
1 sudu besar serbuk kari daging
1 sudu kecil serbuk jintan manis
1 sudu kecil paprika
1 sudu kecil serbuk ketumbar
1/2 sudu kecil serbuk jintan putih
sedikit oregano (xboh pun xpe)
minyak untuk menggoreng
Bahan Kisar
6 cm halia muda - kisar
4 ulas bawang merah - kisar
3 batang serai - kisar
3 ulas bawang putih - kisar



Cara Memasak Ayam Goreng Berempah

#1: gaul ayam dengan semua bahan perap tadi kecuali minya sahaja. selepas itu masukan bahan kisar dan gaul sebati
#2: perap ayam tadi selama 1 jam tapi lebih lama lagi sedap. kemudian goreng ayam perap dengan api sederhana.


C) Kuah Kari

Bahan-Bahan

2 biji bawang besar
2 sudu besar cili kisar
2 tangkai daun kari
5 biji tomato
1 cm kunyit hidup
1 peket rempah kari
1 keping asam keping
potongan kecil ayam 1 mangkuk (boleh guna tulang ayam)
1 kuntum bunga lawang
stok daging ayam lebih kurang 2 liter
garam dan gula secukup rasa
minyak untuk menumis
1 batang kulit kayu manis

Cara Membuat Kuah Kari

#1: kisar kunyi hidup, tomato, dan bawang besar menggunakan pengisar makanan dan campurkan sebagahagian hasil kisaran dengan kuah kari.
#2: panaskan minyak dalam periuk dan tumis bunga lawang, daun kari, dan kayu manis dan masukan campuran rempah kari dan masak hingga garing. selepas itu masukan cili kisar.
#3: masukan lebihan kisaran tomato dan bawang tadi dan masak hingga garing. kemudian masukan stok daging dan masak sehingga mendidih. masukan garam, gula, asam keping, dan ayam. masak sehingga mendidih dan sedikit pekat. terakhir perasakan secukupnya



D) Sambal Belacan

Bahan-Bahan

4 biji bawang merah
3 biji cili merah
1 inci belacan
3 ulas bawang putih
garam dan gula secubit
perhan jus limau kasturi
setengah genggam ikan bilis
2 sudu minyak
10 biji cili padi



Cara Membuat Sambal Belacan

#1: belah cili padi menjadi 2 bahagian agar saat digoreng tidak meletup dan potong bawang
#2: panaskan minyak dalam kuali dan masukan ikan bilis, cili padi, dan bawang dan goreng selama 5 minit atau hingga layu je.
#3: angkat dan masukan dalam lesung. tambahkan dengan limau kasturi yang telah dipotong-potong, sedikit gula dan garam. selepas tu tumbuk semua bahan tadi di dalam lensung.
#4: Terakhir sekali, hidangkan sebagai pencicah ngan ulam-ulaman atau ngan ikan masin dan sayur bening.



Jangan lupa untuk tinggalkan komen anda di ruangan komen di bawah,kerana komen anda amatlah dihargai dan dijadikan rujukan untuk menaikkan lagi blog saya ini dari segi kekurangan tatabahasa dan posting-posting yang akan lebih menarik lagi .....



Sekian " Terima Kasih " ....

Catat Ulasan

0 Ulasan
Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Ok, Go it!