RESEPI : KARIPAP SARDIN SEDAP



Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera


RESEPI : KARIPAP SARDIN SEDAP






RESEPI : KARIPAP SARDIN SEDAP    |   Karipap handbag gucci namanya ini . Kulitnya diuli dengan minyak panas sahaja untuk membuatkan karipapnya sangat ranggup bila Di makan....



RESEPI :KARIPAP SARDIN SEDAP



Bahan-bahannya ;


1/2 kg tepung gandum Faiza.
50g minyak masak
2 sudu besar minyak zaiton

kalau tiada Guna sahaja minyak masak
Minyak Yang dipanaskan secara sederhana panas,suam-suam sahaja...

180 ml air suam campur 1/2 sudu teh garam.



Cara-cara membuatnya ;


1.Campurkan minyak masak,minyak zaiton kedalam tepung.Gaul sehingga menjadi seperti serbuk roti.

2.Masukkan air suam sikit2 hingga menjadi doh.Air adjust eyh,kalau dah lembut tak perlu habiskan.Kalau masih keras,tambah sikit air suam lagi.

3.Rehatkan 1/2 jam.Lepas 1/2 jam..

4.Bulat2kan ikut besar yang disukai.

5.Lenyek nipis & bubuh inti secukupnya.Kelim kemas.

6.Goreng hingga garing.

7.Kalau banyak,selebihnya goreng sebentar saja & bolehlah di frozenkan.

Bila-bila nak makan bolehlah digoreng macam biasa atau gunakan sahaja air fryer.

Sementara tu mari kita buat inti sardin penuh domok padu pulak .



Bahan-Bahan Inti ;


1 tin besar sardin dihancurkan.
2 biji bawang holland dihiris
Lada kering kisar ikut pedas.
Saya bubuh 2 sudu besar jer.
Minyak,garam secukup masin
Jus limau sikit.



Cara-cara membuatnya ;


1.Panaskan minyak

2.Tumis bawang hingga layu.

3.Masukan cili kisar,tumis hingga garing.

4.Masukan sardin,garam,jus limau.
Sesuaikan rasa.Bila dah sejuk bolehlah digunakan....


Selamat mencuba....






kredit umie saffiya

Jom ajak kawan-kawan sekali join telegram @ResepiDuniaMasakan


Sekian " Terima Kasih " .....

Catat Ulasan

0 Ulasan
Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Ok, Go it!