RESEPI : Puding karamel tanpa telur.



Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera


RESEPI : Puding karamel tanpa telur. 



RESEPI : Puding karamel tanpa telur.   |   Biar betul tanpa telur,tak pernah Lagi saya membuat puding tanpa telur,mungkin ada Yang alahan Dengan telur mesti Akan suka punyalah puding ini....







RESEPI : Puding karamel tanpa telur.

Bahan-Bahan:

Bahan-bahan untuk gula karamel:
1/4 cawan gula
3 sudu besar air

Bahan-bahan untuk puding:

1 paket agar-agar (10g)
1 tin susu cair
1/2 cawan susu pekat
4 cawan air
3/4 cawan gula (kalau nak manis boleh letak 1 cawan)
3 sudu besar tepung kastard
1 sudu kecil esen vanila



Cara Penyediaan :

 
Cara-cara untuk gula karamel:

Panaskan gula dan air di dalam periuk di atas api perlahan sehingga warna bertukar keperangan, kemudian baru kacau sekata.

Tuang dalam loyang dan ketepikan (saya guna loyang bersaiz 8 inci).


Cara-cara untuk membuat puding :


Satukan semua bahan untuk puding di dalam periuk.

Kacau bahan-bahan tadi di atas api sederhana menggunakan whisk atau senduk. Jangan bagi adunan berketul.

Kacau sehingga adunan mendidih dan sedikit pekat.

Tapis dan tuang ke dalam loyang berisi karamel tadi.

Sejukkan sekejap dan masukkan ke dalam peti ais 2-3 jam sebelum di makan.


Tips


Semasa proses memanaskan bahan-bahan puding, pastikan anda menggunakan periuk yang tebal dan kacau dengan kerap di atas api yang perlahan supaya adunan tidak mudah hangus di bahagian bawah dan tidak berketul.

Jom ajak kawan-kawan sekali join telegram @ResepiDuniaMasakan






Sekian " Terima Kasih " ....

Catat Ulasan

0 Ulasan
Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Ok, Go it!