CUBA UNTUK BERTAHAN.....



Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 


CUBA UNTUK BERTAHAN..... 






CUBA UNTUK BERTAHAN.....   |   Begitu banyak masalah yang saya lalui sekarang ini, saya hanya mampu BERSABAR DAN BERTAHAN dengan apa yang di lalui sekarang ini, hanya mampu berserah, bertawakal Dan berdoa hanya pada Allah s.w.t sahaja....






Apa yang saya Cuba untuk pertahanan sekarang ini adalah kerja, jika tidak bekerja macam mana hendak menjalani kehidupan seharian, kerja ini pun kerana terpksa sahaja, di sebabkan ada masalah dengan agen Dan company....



Saya buat pertama kalinya me rasa bekerja di bawah agen, baru tahu betapa susahnya macam mana kehidupan foreigner yang datang bekerja melalui agen amat menyakitkan Dan perit sangat,masalah pembayaran gaji yang tidak menepati Tarikh yang tetap, masalah gaji yang berkurangan kerana pemotongan yang diselewengkan, itulah yang saya rasa Dan alami sekarang ini....



Saya sebagai seorang PEKERJA dari negara sendiri pun merasa tertekan dengan pihak agen, tertekan SEBAB pihak agen yang tidak melaksanakan tanggungjawabnya dengan tidak jujur,tidak amanah Dan mengabaikan PEKERJA mereka....



Memanglah senang hendak masuk kerja di bawah agen ini, tapi pegurusannya pada para PEKERJA sangat menyusahkan PEKERJANYA, Oleh itu saya nasihat pada anda, jika hendak mencari kerja jangan masuk dengan agen, terus sahaja walk in interview dengan company, dapat tak dapat bergantung pada rezeki....



Sekian " Terima Kasih ".....

Catat Ulasan

0 Ulasan
Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Ok, Go it!