RESEPI : TART NENAS SEPIT


Assalamualikum Dan Salam Sejahtera 

RESEPI : TART NENAS SEPIT 






RESEPI : TART NENAS SEPIT 


Bahan - Bahannya : -

300 gm tepung gandum
55gm tepung jagung
45gm besar gula icing
200 gm butter lembut (salted)
2 biji kuning telur
2 sudu makan putih telur



Cara - Cara Membuatnya :-

  1. Ayak tepung2 dan gula icing ke dalam mangkuk. Gaul rata dengan sudu.
  2. Masukkan butter ke dalam tepung dan ramas2kan hingga sebati dan menjadi doh yang lembut dan tak melekat kat tangan.
  3. Masukkan kuning telur & putih telur (dipukul sikit) dan gaul hingga sebati.
  4. Balut dengan plastik dan simpan dalam fridge selama 20 minit.
  5. Bentukkan jadi kuih tart.
  6. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 175°C selama 20-25 minit.


TIPS terbaru UNTUK KUIH TART NENAS SEPIT
(Untuk oven countertop bukan BUILT-IN)
Ikhlas dari Aini Madon 


  1. anaskan oven dulu.
  2. Saya letakkan loyang kuih tart di rak yang paling bawah. Ini untuk mengelakkan inti nenas menjadi kering dan keras setelah dibakar jika guna rak tengah.
  3. Saya guna suhu 175°C dan bakar selama 15 minit. Kemudian saya pusingkan loyang dan bakar lagi 13 minit. HARUS INGAT YA, LAIN OVEN LAIN SUHU DAN KEPANASANNYA. Pastikan bahagian  bawah kuih tart berwarna keperangan (bukan hangus ya) menandakan doh kuih tart masak dengan sempurna. Jika bahagian bawah kuih tart masih putih, maknanya doh tepung belum lagi masak. 
  4. Inti nenas yang telah dibola-bolakan, letakkan begitu saja atas doh (bola-bola) kemudian bakar.
  5. Bila kuih tart dah masak, keluar saja dari oven, tekan sikit je kasi leper KETIKA MASIH PANAS supaya senang bila nak susun dalam botol kuih.
  6. Pastikan kuih tart betul-betul sejuk sebelum dimasukkan ke dalam botol kuih.
  7. Yang gunakan inti nenas instant, kena masak balik ya.. kalau tak, lepas 4-5 hari inti dah bercendawan...


CARA- CARA  MASAK BALIK INTI NENAS INSTANT

Utk 1 packet inti nenas, saya tuangkan 1.5 cawan air. Dengan api yang kecil, kacau inti nenas hingga menjadi lembut. Kacau selalu supaya tak hangus. Api harus sentiasa kecil je. Saya masukkan sedikit je pewarna egg yellow atau orange. Tak perlu banyak sebab bila inti dah sejuk, ia akan menjadi gelap warnanya. Bila dah kering, saya masukkan 1 sudu makan butter dan kacau hingga sebati. Tutup api dan biarkan inti betul2 sejuk sebelum dimasukkan ke dalam tupperware. Jika waktu nak menggentelkan inti susah nak jadi bebola, maknanya inti yg dimasak tak cukup kering, masih basah. Dan jika inti masih basah, selepas dibakar inti akan lekas bercendawan. Pastikan inti betul2 kering sebelum masukkan butter.


** Saya timbang 10gm utk doh dan 5gm untuk inti. Boleh muat cukup-cukup utk botol tutup merah code 4021.


**Gunakan pure butter utk rasa yg berkualiti...
Contoh pure butter: SCS, ANCHOR, LURPAK, GOLDEN CHURN


SELAMAT MENCUBA

Sekian " Terima Kasih " ....

Catat Ulasan

0 Ulasan
Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Ok, Go it!