Saya nak bercerita tentang pengalaman tentang bercuti ke KLCC (menara kembar petronas),saya pun sudah tidak ingat lagi pada tahun bila,tapi memang cukup seronok bila dapat melihat di depan mata sendiri.
Inilah Bangunan KLCC (menara kembar petronas)
Waktu siang memang cukup indah.
dan
Waktu Malam
Yang dihiasi oleh cahaya lampu yang begitu memukau pandangan mata yang melihatnya.
Cara nak pergi ke KLCC adalah seperti ini :
Anda dari mana?
Saya dari KTM Batang Benar naik train dari SEREMBAN-RAWANG turun di stesen KL sentral dan tukar train naik LRT KELANA JAYA-TERMINAL PUTRA turun di KLCC.
entah betul ataupun tidak saya pun sudah tidak berapa ingat jalan kesana,tapi insyaallah dengan maps yang tepat dan suka bertanya dengan orang akhirnya saya sampai ke KLCC...
Seronok tidak terhingga bila sampai ke sana,tempat shopping yang begitu memuaskan dan barang-barang yang mahal dan berjenama,tapi saya hanya melihat saja,tak mampu untuk shopping di situ,tapi ada pantang bila di dalam KLCC,pantangnya adalah tidak boleh mengambil gambar,saya pernah tertangkap dan kena tegur dengan guard yang bertugas,malunya sebab kena tegur depan orang.
Itu sahaja cerita yang saya dapat kongsikan pada kali ini.
sekian terima kasih
jumpa lagi