RESEPI : Bomboloni Nutella


Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera


RESEPI : Bomboloni Nutella


Resepi Bomboloni Nutella.  |   Anda mesti nak cuba sesuatu yang baru bukan,ok!!! Pok Ucu nak kongsikan satu resepi yang tengah hangat menjadi viral sekarang ini,resepi ini Pok Ucu dapatkan dari group Telegram ....






Semoga bermanfaat pada anda semua, BOMBOLONI  yang sekarang ini tengah menjadi viral mempunyai pelbagai perisa kegemaran anda,boleh cuba jugak untuk membuat perisa yang berlainan dari Nutella ....



Resepi Bomboloni Nutella



Bahan - Bahan :


- Tepung gandum/high protein (500gm) 
- pemilik resepi guna high protein
- Yis mauripan (11gm) - 1 paket
- Serbuk penaik (1/2 sudu teh/sudu kecil)
- Marjerin (1 sudu makan)
- Telur gred B (1 biji)
- Gula (3 sudu makan/sudu besar)
- Susu tepung (2 sudu makan/sudu besar)
- Sedikit garam
- Susu segar (1 cawan)
- Air biasa (1/2 cawan)


Cara penyediaan:


1. Campur kesemua bahan sekali termasuk yis.


2. Kalau korang uli guna tangan, uli selama 15-20 minit. Jika menggunakan mixer, uli selama 10 minit.


Tips: Uli sampai dia jadi elastik. Tak terlalu lembik.


3. Rehatkan adunan selama 30 minit.


4. Buang angin. Kemudian, bentukkan doh secara rounding.


5. Biarkan adunan naik kembang 2 kali ganda. Selepas itu, sudah boleh goreng menggunakan api sederhana.


6. Gaulkan donat yang telah digoreng tadi dengan snow sugar. Kemudian, susun donat tu.


Tips: Snow sugar boleh dicari di kedai bakeri.


7. Gunting-gunting bahagian tengah atas ke dalam. Jangan sehingga tembus pula.


8. Akhir sekali, boleh letak inti (filling) Nutella.


Sumber Dari : Group Telegram Resepi






Itulah resepi yang Pok Ucu nak kongsikan pada kali ini,di harap menjadi inspirasi kepada anda...


so!!! Selamat mencuba dan semoga berjaya....


Sekian " Terima Kasih " ....

Tags :-

Catat Ulasan

0 Ulasan
Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Ok, Go it!