Suami mithali adalah dambaan hati bagi si wanita ?


Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera


Suami mithali adalah dambaan hati bagi si wanita ?


Suami mithali adalah dambaan hati bagi si wanita ???   |   Suami mithali adalah dambaan hati bagi si wanita yang ingin mencari ketua dalam berumah tangga, dan mencari pelindungan dari seorang lelaki. Tapi apakah ciri-ciri suami mithali?

1. Bergayalah untuk isteri anda, tampillah kemas dan berbaulah harum

Bilakah kali terakhir kita para suami keluar untuk membeli-belah baju tidur? Seperti suami ingin isterinya kelihatan cantik untuknya, para isteri juga ingin untuk si suami bergaya untuknya. Ingatlah bahawa Rasulullah (s.a.w) sering bersugi apabila kembali ke rumah dan gemar memakai bau-bauan yang menyenangkan.

2. Panggillah isteri anda dengan panggilan yang baik

Rasulullah (s.a.w) menggelar isteri-isterinya dengan panggilan yang disenangi. Panggillah si isteri dengan panggilan yang paling digemarinya dan jangan gunakan panggilan yang melukakan hatinya.

Ciri-Ciri Suami Mithali

3. Janganlah layan si isteri seperti lalat

Kita tidak pernah memikirkan tentang lalat dalam kehidupan seharian kita sehinggalah lalat ‘mengganggu’ kita. Begitu juga dengan keadaan si isteri yang melakukan kerja sepanjang hari dan tidak mendapat perhatian si suami, sehinggalah si isteri melakukan sesuatu yang ‘mengganggu’ si suami.

Jangan layan isteri anda begini; kenalpasti semua kebaikan yang isteri anda lakukan dan fokus akannya, agar isteri anda merasa dihargai.

4. Jika anda melihat sesuatu kekurangan pada isteri anda, cuba untuk berdiam dan jangan mengkritik!

Ini adalah salah satu cara yang Rasulullah (s.a.w) gunakan apabila Baginda melihat sesuatu kelemahan daripada para isteri (r.a). Ini adalah satu teknik yang hanya segelintir sahaja lelaki Muslim yang dapat menguasainya – berdiam dan jangan mengkritik.

5. Senyum pada isteri anda apabila anda melihat mereka dan selalulah memeluk mereka

Senyuman adalah sedekah dan isteri anda tidak terkecuali dari Umat Islam. Bayangkan kebahagiaan isteri anda apabila anda sentiasa memberi senyuman. Ingatlah akan Hadis yang merujuk kepada Rasulullah (s.a.w) akan memberi kucupan pada isterinya sebelum keluar untuk solat, walaupun pada ketika Baginda berpuasa.

6. Berterima kasih untuk semua yang isteri anda lakukan untuk anda. Dan berterima kasihlah sekali lagi!

Contohnya makan malam di rumah. Isteri anda memasak makanan, mengemas rumah, dan pelbagai lagi kerja-kerja lain yang dilakukan. Dan adakalanya
penghargaan yang si isteri terima hanyalah sup perlu ditambah garam. Jangan biarkan perkara sebegini berlaku; berterima kasihlah!

Suami Mithali

7. Mintalah isteri anda untuk mencatat sepuluh perkara terakhir yang anda lakukan untuknya yang membuatkan si isteri gembira

Ulangi perkara-perkara kesukaan isteri anda tersebut. Kadangkala agak sukar juga untuk mengenalpasti apa yang menjadi kesukaan isteri anda. Jadi, tidak perlu bermain teka-teki, tanya pada isteri anda dan sentiasa mengulangi saat kesukaannya sepanjang hayat anda.

8. Suami mithali tidak mengkotak-katikkan kemahuan si isteri

Kadangkala suami memandang remeh atas kemahuan para isteri mereka. Rasulullah (s.a.w) menjadi contoh kepada para suami dalam peristiwa apabila Safiyyah (r.a) menangis, kerana Safiyya (r.a) berkata bahawa Rasulullah (s.a.w) telah meletakkannya pada unta yang perlahan. Baginda menyekat air mata Safiyyah (r.a), memujuknya, dan membawa unta kepada Safiyyah (r.a).

9. Hiburkan hati isteri anda dan bergurau sendalah dengannya

Lihatlah bagaimana Rasulullah (s.a.w) berlumba dengan isterinya Aisya (r.a) di padang pasir. Bila kali terakhir kita lakukan sesuatu seperti itu?

10. Sentiasa ingat kata-kata Pesuruh Allah (s.a.w) :

“Yang terbaik di kalangan kamu adalah yang melayani ahli keluarga dengan terbaik sekali. Dan aku adalah
yang terbaik dikalangan kamu terhadap ahli keluargaku.” Lakukan yang terbaik!

Kesimpulannya : Jangan lupa untuk memanjatkan doa kepada Allah Azza wa Jalla untuk kebahagian rumahtangga. Dan Allah Maha Mengetahui!


Sumber;lelaki.my

Penafian: Artikel ini dari rangkaian dari media, jika terdapat pelanggaran, sila hubungi kami untuk menghapuskan.
Tags :-

Catat Ulasan

0 Ulasan
Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Ok, Go it!