RESEPI : KUIH BANJIR ( SAGU BERKELAPA )





Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera


RESEPI : KUIH BANJIR ( SAGU BERKELAPA )



RESEPI : KUIH BANJIR ( SAGU BERKELAPA )   |   Musim  COVID19 ini semua di kuarantikan duduk di rumah. Melihatkan video yang dikongsikan di sosial media memang sangat kasihan dengan mereka yang semua tidak boleh keluar rumah disebabkan virus covid19 dari menular ke ramai lagi orang lain.


Alhamdulillah, inilah ujian yang di hadapi oleh semua rakyat di seluruh dunia, saya dan keluarga saya juga tetap stay di rumah dan tidak keluar ke mana-mana tempat awan,kalau keluar pun kami hanya tuju ke dusun di pedalaman kampung,jauh dari tempat orang ramai....









Sudah sejuk bolehla dipotong dan gaulkan dengan kelapa parut (kelapa parut ditambah dengan secubit garam, gaul rata dengan sudu dan kukus seminit hingga dua minit, jangan terlalu lama. Tujuannya untuk kelapa tahan lama dan tidak cepat basi.


Sagu setengah kilo/1/2kg


Jangan cuci terlalu kasar.



Dan jangan cuci banyak kali kerana akan kekurangan kanji atau kanji akan hilang. Selepas itu rendam, air melebihi paras sagu sedikit sahaja. Sementara menunggu sagu kembang, panaskan pengukus.
Lebih kurang 10 minit, sagu akan kembang.



Masukkan 12 hingga 13 sudu makan gula atau sesedap rasa masing-masing.


Selepas itu, letakkan pewarna merah. Jika mahu wangi, letakkan sirap Ros.


Kacau rata. Bila dikacau, air akan keluar namun jangan dibuang dan jangan tambah air.



Selepas itu letakkan ke dalam loyang. Griskan minyak pada loyang supaya tidak melekat. Kukus selama 30 hingga 40 minit sehingga sagu putih hilang.



Tunggu sejuk baru dipotong.


Nota:
Cara ini kuih sagu mata ikan akan menjadi cantik dan berketul bulat-bulat. 


Kelapa yang dilumur dengan garam boelh dikukus seketika untuk tahan lama. 


Sekian " Terima Kasih " .....

Catat Ulasan

0 Ulasan
Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Ok, Go it!