Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera
BERCAKAP KETIKA BERWUDUK
BERCAKAP KETIKA BERWUDUK. | Bagi yang belum mengetahuinya lagi, jom sama-sama kita rujuk hukumnya ...
BERCAKAP KETIKA BERWUDUK
SOALAN :
Ketika mengambil wuduk apakah hukumnya kalau orang bercakap dan berbual-bual?
JAWAPAN :
Hukum bercakap ketika sedang mengambil wuduk adalah makruh jika tiada hajat dan wuduknya itu sah maka disunatkan seorang itu meninggalkan bercakap dan berbual ketika mengambil wuduk.
Ada pun jika bercakap kerana hajat maka hukumnya adalah harus tidak makruh.
Berkata Syeikh Ibnu Hajar pada kitab Minhajul Qawwim :
وأن لا يتكلم في جميع وضوئه
Artinya : “Dan sunat bahawa tidak berkata-kata pada sekelian wuduknya.”
Dan tersebut pada kitab I’anah At-Talibin :
(قوله: وترك تكلم) أي ويسن ترك تكلم. (قوله: في أثناء وضوئه) أي في خلال وضوئه
قوله: بلا حاجة) أي بلا احتياج للكلام، أما معها كأمر بمعروف ونهي عن منكر فلا يتركه، بل قد يجب الكلام، كما إذا رأى نحو أعمى يقع في بئر
Artinya “ Maksud meninggalkan berkata-kata itu ialah disunatkan meninggalkan bercakap pada ketika sedang mengambil wuduk.
Dan maksud tanpa hajat itu ialah bercakap tanpa keperluan.
Ada pun bercakap kerana ada keperluan seperti menyuruh perkara ma’ruf dan mencegah kemunkaran maka jangan meninggalkannya bahkan terkadang wajib seperti apabila orang yang sedang berwuduk melihat orang buta yang berjalan menuju ke perigi.”
Kesimpulan
Bercakap atau berbual ketika berwuduk itu makruh tidak haram tetapi meninggalkan bercakap ketika wuduk itu adalah adab yang baik.
Jika ada keperluan maka harus bercakap ketika berwuduk.
wallahua’lam
ustaz azhar idrus
Sekian " Terima Kasih " ....