Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera
TIPS RUMAH KEKAL WANGI
TIPS RUMAH KEKAL WANGI | Mudah sahaja TIPS RUMAH KEKAL WANGI , Jom wangikan rumah... Saya membaca di internet dan terjumpa 4 tips. Jadi saya kongsikan pada anda, supaya amalkannya.
TIPS RUMAH KEKAL WANGI
1. Habuk Tak Melekat Pada Perabot
Bahan-Bahan:
1 penutup pelembut fabrik
10 cawan air
Caranya mudah sahaja. Bancuh kedua bahan ini hingga sebati kemudian lapkan pada semua perabot kesayangan anda.
Cara ini buat perabot tidak mudah lekat habuk malah rumah juga berbau lebih harum
2. Kilatkan Lantai Rumah
Lantai melekit memang buat rasa tak selesa lebih-lebih lagi apabila selepas proses memasak selesai. Jangan buang masa sebaliknya cuba cara ini sekarang.
Bahan-Bahan:
1 penutup pencuci lantai
Cuka
Air panas
Mulakan dengan menyapu sampah terlebih dahulu hingga sampah dan habuk dibersihkan. Satukan kesemua bahan di atas dan mulakan mengemop pada lantai. Hasilnya lantai lebih licin dan berkilat seperti baru menukar jubin. Kena cuba!
3.Wangikan Rumah
Selain menggunakan penyegar udara bagi membolehkan udara keluar masuk, cubalah gunakan petua ini untuk pastikan rumah anda lebih wangi dan selesa berada di dalamnya.
Bahan-Bahan:
1 penutup pelembut fabrik
Cuka
Senang sahaja iaitu dengan mencampurkan kedua bahan ini dan semburkan pada seluruh rumah anda. Gabungan dua bahan ini memberi bau dan memperbaiki udara yang lebih bersih. Pastikan langsir dan kesemua perabot berfabrik disembur dengan padu. Baunya tahan lebih lama. Paling penting wangi!
4.Segarkan Bilik Air
Bahan-Bahan:
1 sudu kecil teh soda bikarbonat
1 sudu teh cuka
1 cawan air
Satukan kesemua bahan ini dan masukkan ke dalam penyembur. Semburkan ke seluruh bilik air setiap hari. Hasilnya bilik air rasa lebih segar dan harum.
Kredit By : nik zainah muhammad
Semoga berjaya dan Selamat Mencuba,semoga Tips ini bermanfaat untuk anda semua ....
Sekian " Terima Kasih " .....