Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera
RESEPI : YONG TAUFU
RESEPI : YONG TAUFU | Ada
penggemar yong taufu? Setiap kali teringin nak makan, saya akan masak sendiri. Ahli keluarga saya ramai, kalau beli di luar tak puas makan, kos pun tinggi.Saya nak kongsikan resepi sos (sos hitam) dan kuah sup (hidangan yong taufu dengan kuah sup terkenal di sebelah Johor). Saya mention begini sebab ramai kenalan saya dari negeri lain agak pelik bila tahu yong taufu dimakan dengan sup.
Saya kongsikan bahan penyediaan yang sangat jimat dan berpatutan. Anggaran harga bahan memasak hanya RM50 saja (termasuk bahan isian yong taufu ya).
RESEPI: YONG TAUFU
BAHAN A - SOS HITAM
6 sudu makan taucu
4 sudu makan tepung jagung.
1 cawan kicap cair (kicap lemak manis)
8 sudu sos tiram
8 sudu gula pasir
6 cawan air (3 cawan untuk dikisar sekali, 3 cawan masukkan ke periuk untuk dikacau bersama selepas bahan-bahan tadi dikisar)
2 ketul kiub ikan bilis
Garam secukup rasa
Cara Membuatnya ;
**Jika nak rasa pedas, tambahkan 3-4 sudu cili kering kisar ya.
Kisar semua bahan di atas. Kemudian masak kesemua bahan kisar tadi sehingga sebati.
Kuah perlulah sentiasa dikacau bagi mengelakkan kuah menjadi berketul-ketul. Jika terlalu pekat, tambahkan sedikit air panas hingga menampakkan 'texture' kuah menjadi sempurna .
Kalau sos hitam ni tak habis makan, boleh disejuk bekukan ya.
BAHAN B - KUAH SUP
3 ulas bawang putih - dititik
3 hiris halia
2 ketul kiub pati ikan bilis
Garam secukupnya
Sedikit gula (terpulang pada citarasa masing-masing)
Daun bawang
Bawang goreng
Air masak (anggaran 1 jug setengah)
Cara Membuatnya ;
Tumis bawang putih dan halia dengan sedikit minyak panas.
Kemudian masukkan air masak diikuti kiub pati ikan bilis.
Tambahan sedikit garam hingga cukup rasa. Masak hingga mendidih.
Kuah sup ini juga sesuai dijadikan air rebusan bahan isian yong taufu.
Silakan kongsi resipi, saya izinkan.
Selamat mencuba.
Credit : Nor Husma Husin
Jom ajak kawan-kawan sekali join telegram @ResepiDuniaMasakan
Sekian " Terima Kasih " ....