Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera
RESEPI : Char Kuey teow
RESEPI : Char Kuey Teow | Pembuka RESEPI pada tahu 2023,hari ini baru berkesempatan untuk update post,tapi saya nak kongsikan resepi yang ringkas dan senang untuk dimasak oleh orang yang kurang rajin.....
RESEPI : Char Kuey Teow
200 g kue teow ( @ ambil secekak untuk seorang makan )
1 sudu makan cili kisar
kerang
taugeh dan kucai
1 biji telur
Udang kalau suka
4 sudu besar paste char kuey teow.
Cara-cara untuk menyediakan ;
1. Tumis cili kisar hingga garing. Masukkan 4 sudu besar paste tadi.INGAT... !! api mesti mau besar aaa...
2. Masukkan kerang dan udang yang telah direbus tadi. Nak sedap lagi tambah udang fresh. Kasi ketuk2 sikit kuali tu biaq happening skit hehehe.
3. Kemudian masukkkan 1/2 cawan air. Bila kuah mendidih barulah masukkan kuey teow, kucai dan taugeh.
4. Pecahkan telur, kacau dan bolehlah di angkat. Kalau agak2 kering, tambahkan lagi paste char kuey teow tu. Ingat, tak perlu masak lama2 sangat,nanti kering kontang ler char kuey teow tu. Biar basah2 skit sbb char kuey teow ni cepat meresap
Ini pulak tips hendak memasak kuew teow yang sedap......
- Char kuey teow ni kalau nak sedap siapkan pastenya lebih awal. Maknanya jgn nak masak kul 8 mlm, 7.45mlm korang baru nak buat paste ni. Masak la awal sejam ke, tak pun awal sehari ke. Tak pe lagi awal pun sebab pasni bleh disimpan lama dalam peti
- Proses memasak kue teow ni dalam 3-4 minit saja… pastikan api kuat dan pergerakan pantas semasa memasak kuey teow ini!!!. Kalau guna api besar tp actionnya macam siput, gerenti hangus ler kuey teow korang tu...... huhuhu
- kena masak satu2 baru sedap atau pinggan by pinggan. Maksudnya kat sini kalau 2 orang makan 2 kalilah masak….
Char kuey Teow memang tak sedap kalau masak dalam jumlah yg banyak!!
Credit By ;
Jom ajak kawan-kawan sekali join telegram
@ResepiDuniaMasakan