RESEPI : Nasi Lemak Sambal Ikan Bilis


Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera


RESEPI : Nasi Lemak Sambal Ikan Bilis



RESEPI : Nasi Lemak Sambal Ikan Bilis   |   Nasi Lemak memang makanan yang popular di Malaysia, boleh dikatakan ramai yang suka makan nasi lemak waktu sarapan pagi, saya memang menyukai nasi lemak, tapi hanya bila betul-betul mahu baru saya akan mencarinya,anda boleh Cuba resepi ini.... 







RESEPI : Nasi Lemak Sambal Ikan Bilis



Bahan-bahan NASI :


3 cawan beras
3 cawan air
½ cawan santan pekat
2 helai daun pandan (disiat dan disimpul) atau 1 batang serai (diketuk)
⅓ sudu kecil garam


Bahan-bahan sambal ikan BILIS :


1 cawan ikan bilis
20 biji cili kering
½ cawan minyak masak
5 biji bawang merah kecil
2 biji bawang besar
1 cm halia
Sedikit belacan
Air asam jawa
2 sudu besar gula
Garam secukup rasa


Bahan-bahan LAIN :


Kacang tanah yang telah digoreng


Ikan bilis goreng
Telur rebus
Timun


Persediaan Bahan - Bahan :


Basuh ikan bilis dan tuskan.
Potong cili kering, buang biji dan rebus atau rendamkan dalam air panas hingga kembang. Kemudian kisar bersama halia.
Kisar bawang merah bersama bawang besar.
Kupas telur rebus dan belah dua. Potong serong timun.



Cara Memasak Nasi Lemak : 


Berikut adalah langkah-langkah menyediakan nasi lemak yang peroi, lemak & wangi dan sambal tumis ikan bilis yang sangat sedap.


Memasak nasi


  1. Bersihkan beras dan tuskan.
  2. Masukkan beras ke dalam rice cooker dan masak sehingga air kering.
  3. Kemudian masukkan air, garam dan daun pandan.
  4. Kacau sebati. Teruskan memasak seperti biasa.
  5. Bila air hampir kering, masukkan santan dan kacau sekatan. 
  6. Tutup balik periuk dan tunggu sehingga nasi masak.


Membuat sambal ikan bilis : 


  1. Panaskan minyak dalam kuali atau periuk.
  2. Tumiskan bawang kisar sehingga naik bau.
  3. Masukkan cili kisar dan belacan, dan tumis menggunakan api kecil sehingga pecah minyak.
  4. Masukkan gula dan teruskan menumis sehingga sambal berwarna merah gelap dan berkilat.
  5. Kemudian masukkan ikan bilis, air, air asam jawa dan garam. Kacau rata.
  6. Biarkan mereneh selama 10 minit atau sehingga sambal pekat, kemudian angkat.


Cadangan Hidangan :


Hidangkan nasi lemak panas-panas bersama sambal ikan bilis, telur rebus, kacang tanah goreng dan hirisan timun. Boleh juga ditambah lauk lain seperti ayam goreng, rendang, sambal sotong atau telur goreng. 



Sumber Resepi Dari :

Group Telegram

Catat Ulasan

0 Ulasan
Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Ok, Go it!