RESEPI : SAMBAL KICAP PADU



Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera


RESEPI : SAMBAL KICAP PADU


RESEPI : SAMBAL KICAP PADU   |   Ada yang suka makan sambal? Mesti ada, saya memang tak suka dan tak boleh makan sambal, sebabnya ada penyakit buasir, saya ada resepi sambal kicap yang paling sedap sangat untuk kongsikan pada anda semua..... 






RESEPI : SAMBAL KICAP PADU

2 genggam cili padi hijau
8 ulas bawang putih
Kicap lemak manis secukupnya
2 sudu makan kicap pekat
2 sudu makan kicap cair
Sedikit gula
Secubit garam jika perlu


Cara - Caranya Membuatnya ;


  1. Panaskan sedikit minyak dan goreng cili padi serta bawang putih hingga kekuningan, angkat (cili padi perlu dipatahkan terlebih dahulu bagi mengelakkan ia meletup masa menggoreng).
  2. Masukkan bahan goreng tadi ke dalam bekas pengisar.
  3. Masukkan kicap, kuantitinya sehingga menutupi paras bahan tadi.
  4. Tambahkan kicap pekat dan kicap cair untuk warna sambal yang cantik.
  5. Perasakan dengan sedikit gula mengikut cita rasa. Tambahkan juga secubit garam jika perlu.
  6. Kisar sambal hingga lumat. Tuang ke dalam mangkuk dan kacau sebati. Boleh tambah perisa jika perlu.
  7. Sambal kicap ni sesuai dinikmati bersama pelbagai sajian masakan seperti soto, bihun sup, bergedil tauhu dan lain2 lagi.


Cara simpan sambal kicap supaya tahan lama :


  1. Masukkan sambal kicap ke dalam bekas yang bertutup.
  2. Guna sudu kering setiap kali mengambil sambal dari dalam bekas.
  3. Sambal kicap akan memekat bila disimpan lama dlm peti sejuk. 
  4. Jadi boleh tambah air masak dan kacau sebati.
  5. Jika perlu, perasakan ikut citarasa anda.


Kredit By : 


Afy Al Habibi


Sekian " Terima Kasih ".....

Catat Ulasan

0 Ulasan
Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Ok, Go it!