Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera
JANGAN TAKUT MENYATAKAN BAHAWA ALLAH DI ATAS LANGIT
JANGAN TAKUT MENYATAKAN BAHAWA ALLAH DI ATAS LANGIT
الرَّحْمَنُ عَلَى الْعَرْشِ اسْتَوَى
“(Yaitu) Rabb Yang Maha Pemurah. Yang beristiwa’ (menetap tinggi) di atas ‘Arsy .” (Quran, Thoha : 5)
ءَأَمِنتُم مَّن فِي ٱلسَّمَآءِ
“Patutkah kamu merasa aman (tidak takut) kepada Tuhan yang di langit.”
[Quran, al-Mulk, 67:16]
Nabi ﷺ bersabda:
أَلَا تَأْمَنُونِي وَأَنَا أَمِينُ مَنْ فِي السَّمَاءِ
“Tidaklah kalian mempercayaiku sedangkan aku adalah orang kepercayaan Dia yang ada di atas langit?” [Riwayat Bukhari dan Muslim]
Daripada Mu’awiyah bin Al Hakam As Sulamiy, dia berkata; “Aku memiliki seorang budak yang mengembalakan kambingku sebelum di daerah antara Uhud dan Al Jawaniyyah (daerah di dekat Uhud, utara Madinah, pen). Lalu pada suatu hari dia berbuat suatu kesalahan, dia pergi membawa seekor kambing. Aku adalah manusia, yang juga timbul rasa marah. Lantas aku menamparnya, lalu mendatangi Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam dan perkara ini masih mengkhawatirkanku. Aku lantas berbicara kepada beliau, “Wahai Rasulullah, apakah aku harus membebaskan budakku ini?” “Bawa dia kepadaku,” ujar baginda. Kemudian aku segera membawanya menghadap baginda. Lalu Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam bertanya kepada budakku ini,
أَيْنَ اللَّهُ
“Di mana Allah?”
Dia menjawab,
فِى السَّمَاءِ
“Di atas langit.”
Lalu Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam bertanya lagi, “Siapa aku?” Budakku menjawab, “Engkau adalah Rasulullah.”
Lantas Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
أَعْتِقْهَا فَإِنَّهَا مُؤْمِنَةٌ
“Merdekakanlah dia kerana dia adalah seorang mukmin.” [Hadis riwayat Muslim]
Az Dzahabi mengatakan, “Inilah pendapat kami bahawa siapa saja yang ditanyakan di mana Allah, maka akan dibayangkan dengan fitrahnya bahawa Allah di atas langit. Jadi dalam riwayat ini ada dua permasalahan: [1] Diperbolehkannya seseorang menanyakan, “Di manakah Allah?” dan [2] Orang yang ditanya harus menjawab, “Di atas langit”.”
Lantas Az Dzahabi mengatakan, “Barangsiapa mengingkari dua permasalahan ini bererti dia telah menyalahkan Musthofa (Nabi Muhammad) shallallahu ‘alaihi wa sallam.” [Mukhtashor Al ‘Uluw, Syaikh Al Albani, Adz Dzahabiy, Tahqiq: Syaikh Muhammad Nashiruddin Al Albani, hal. 81, Al Maktab Al Islamiy, cetakan kedua, 1412 H].
Ulama besar mazhab As-Syafiey, Ahmad bin Abdul Halim Al Haroni menyatakan:
قَالَ بَعْضُ أَكَابِرِ أَصْحَابِ الشَّافِعِيِّ : فِي الْقُرْآنِ ” أَلْفُ دَلِيلٍ ” أَوْ أَزْيَدُ : تَدُلُّ عَلَى أَنَّ اللَّهَ تَعَالَى عَالٍ عَلَى الْخَلْقِ وَأَنَّهُ فَوْقَ عِبَادِهِ . وَقَالَ غَيْرُهُ : فِيهِ ” ثَلَاثُمِائَةِ ” دَلِيلٍ تَدُلُّ عَلَى ذَلِكَ
“Sebahagian ulama besar Syafi’iyah mengatakan bahawa dalam Al Qur’an ada 1000 dalil atau lebih yang menunjukkan Allah itu berada di ketinggian di atas seluruh makhluk-Nya. Dan sebahagian mereka lagi mengatakan ada 300 dalil yang menunjukkan hal ini.”[ Bayanu Talbisil Jahmiyah, Ahmad bin Abdul Halim Al Haroni, 1/555, Mathba’atul Hukumah, cetakan pertama, tahun 1392 H.]
Kredit By ;
Sekian " Terima Kasih " ....