Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera
kita mudah tersentuh dan jatuh kasihan apabila melihat insan yang diuji dengan kecacatan fizikal, kehilangan penglihatan atau pendengaran ...
Biasanya, kita mudah tersentuh dan jatuh kasihan apabila melihat insan yang diuji dengan kecacatan fizikal, kehilangan penglihatan atau pendengaran. Simpati kita mengalir laju, empati mudah terbit dari hati.
Namun tanpa sedar, ada juga dalam kalangan hamba-Nya yang turut diuji; bukan pada zahir, tetapi pada kekeliruan jantina dan identiti diri.
Mereka tidak memilih jalan itu, tetapi Allah pilih mereka berdepan dengan pergelutan jiwa yang rumit. Mujahadah yang berterusan sejak kecil. Saya menyaksikan sebahagian besarnya begitu.
Malangnya, golongan ini sering kali menjadi sasaran kecaman dan dihukum dengan pelbagai label yang menyakitkan.
Lebih 10 tahun saya terlibat dalam program mendekati mereka dan hakikat ini terlalu benar untuk dinafikan. Dialog Puteri Iman Suhana dalam drama Seribu Tahun tadi benar-benar meresap ke hati. Maka,
Stop judging, stop labelling!
Jika kita tidak mampu berkata yang baik, maka diam adalah sebaik-baik bicara.
Dan jika benar kita ingin membantu, maka berdoalah agar Allah mengurniakan hidayah, kekuatan.dan jalan pulang yang tenang.
Kerana tugas kita bukan menghukum, tetapi menyantuni.
Bukan mengherdik, tetapi menunjukkan jalan.
Semoga Allah memandu hati-hati kita agar terus menjadi insan yang lebih memahami, bukan sekadar menilai dari apa yang zahir di mata.
Allahu Musta'an. 🤲🏾
#notasazahmumtaz
#SeribuTahun
15 Mei 2025