Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera
ISLAM ITU INDAH : LIDAH SAHAJA BAIL TETAPI HATI JAHAT ...
ISLAM ITU INDAH : LIDAH SAHAJA BAIL TETAPI HATI JAHAT ... | Manusia tidak lari Dari kesalahan atau kesilapan dalam berkata-kata....
*Takut hati munafik, hanya lidah sahaja baik*
Imam At-Tobarani meriwayatkan bahawa Sayyiduna Ibnu Umar رضي الله عنهما suatu beliau hari beliau duduk bersama baginda Rasulullah ﷺ.
Lalu datanglah Sayyiduna Harmalah bin Zaid kemudian duduk di hadapan baginda Rasulullah ﷺ dan mengadu tentang dirinya"
"Ya Rasulullah, saya ini, hanya ada iman di sini - beliau mengisyaratkan di lidahnya, sedangkan munafik di sini - sambil mengisyaratkan di dadanya , yang hanya berzikir kepada Allah melainkan hanya sedikit sahaja" 🥹
Lalu baginda Nabi ﷺ terdiam. Maka, Harmalah mengadu lagi masalah dirinya.
Akhirnya, baginda Rasulullah ﷺ memegang hujung lidah Harmalah sambil bersabda:
اللهم اجعل له لساناً صادقاً ، وقلباً شاكراً ، وارزقه حبي وحب من يحبني ، وصير أمره إلى الخير
(( Ya Allah, jadikan:
1-Lidahnya sebagai lidah yang jujur
2-Hati yang bersyukur
3- Rezekikanlah beliau cinta kepadaku
4- Dan cinta kepada siapa yang mencintaiku
5- Serta jadikanlah segala urusannya adalah ke arah kebaikan))
فقال حرملة : يا رسول الله إن لي إخواناً منافقين كنت فيهم رأساً ألا أدلك عليهم ؟ .
Harmalah berkata: " Ya Rasulullah, sesungguhnya aku mempunyai rakan-rakan munafik, aku adalah ketua mereka, adakah boleh aku tunjukkan siapa mereka?"
فقال النبي ﷺ ( من جاءنا كما جئتنا استغفرنا له كما استغفرنا لك ، ومن أصر على ذنبه فالله أولى به ، ولا نخرق على أحد ستراً )
Sabda Nabi ﷺ: ((Barangsiapa yang datang mengadu masalahnya kepada kami, maka kami akan memohon ampun untuknya sepertimana yang kami memohon keampunan kepada engkau.
Dan barangsiapa yang berterusan dengan dosanya, maka Allah jualah yang lebih berhak ke atasnya dan kami sama sekali tidak mengoyak (membuka) aib seseorang)
قال في ( مجمع الزوائد ) : ورجاله رجال الصحيح . اهـ . وأورده في ( الإصابة ) وعزاه أيضاً إلى ابن منده وغيره
-------
1-Allah, Rasulullah ﷺ cukup berhati-hati walaupun tuan badan sendiri yang mengadu dirinya munafik. Janganlah kita pula yang cepat melabelkan seseorang dengan munafik.
2- Cinta Rasulullah ﷺ dan menyintai orang yang cinta Nabi itu adalah rezeki dari Allah, maka dalam bahagian ini, berdoalah moga kita pun dikurniakan rezeki mencintai baginda Rasulullah ﷺ dan rezeki mencintai orang yang mencintai baginda Nabi ﷺ
3- Baginda Rasulullah ﷺ mengajarkan agar kita tidak bermudah-mudah membuka aib orang
Inilah manhaj baginda Rasulullah ﷺ, jika manhaj iblis, akan dirobek dan dibongkarkan segala aib manusia
Indahnya sentuhan Rasulullah ﷺ
Bagaimana keadaan kita? Lidah masih mengata orang? Hati masih buruk sangka?
Tepuk dada tanya iman
- Abu Abbas Muhammad Shahir -
Sekian " Terima Kasih " ...