Membuat Baja Kompos Secara Semula jadi.....



Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 


Membuat Baja Kompos Secara Semula jadi..... 






Membuat Baja Kompos Secara Semula jadi.....    |   saya kongsikan cara saya penuhkan raised bed untuk bercucuk tanam khususnya tanaman berbuah. Ada sebabnya dan kita boleh sama2 berkongsi berkaitan perkara ni.

Untuk raised bed saya ni berukuran 4x8 kaki. Tinggi lebih kurang sekaki sahaja. Pada lapisan bawah saya isikan dengan rumput kering, daun pisang kering dan daun pisang segar, selepas itu saya letakkan ranting2 kayu yang ada di sekitar kawasan rumah, saya letakkan daun2 kering dan dahan2 pokok yang tumbuh di sekitar rumah. Saya ranapkan semua skali.

Selepas lapisan ini saya isi pula dengan pelepah kelapa, dan batang pisang yang dicincang. Banyakkan batang pisang. Lapisan paling atas saya ratakan dengan pasir ikat. Pasir ikat ialah pasir yang buat rumah untuk ikat bata tu. Dan taburkan tahi kambing. 

Kenapa saya cakap khusus untuk pokok berbuah, sebab raised bed ni saya lebihkan batang pisang yang ramai orang tau batang pisang tinggi nilai 'K' iaitu kalium yang baik untuk proses berbunga dan berbuah. Bila semua bahan yang kita masukkan tadi sudah terurai dan menjadi kompos organik, tanaman kita secara tidak langsung akan mendapat nutrisi yang cukup walaupon kita tidak membekalkan baja lain.

Untuk raised bed ni saya tanam pokok labu, kacang botol, bayam brasil dan alhamdulillah pokoknya subur,  dan tanahnya gembur. 

Selain daripada tanaman subur kita sekaligus dapat menjimatkan kos untuk media tanam. Kalau ada daun kering, ranting2 kering, rumput yang di potong, pelepah pisang yang dipangkas jangan buang atau bakar, manfaatkan semua tu. Dari pokok ke pokok.


Sumber Dari Facebook : Group Berkebun


Sekian " Terima Kasih "..... 

Catat Ulasan

0 Ulasan
Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Ok, Go it!